Have an account?

Friday, August 2, 2013

Syukur & mensyukuri

Assalammualaikum..

Sekian lame x update blog, rasa dah gatal tangan nk type entry baru.. Ketika tgh taip ni, bulan Ramadhan kian nk melabuhkan tirai. Tak kurang seminggu lagi dah nk raya! Sedihnya, ramadhan cepatnya berlalu =(

Tapi blog kali ni bukan pasal Ramadhan ataupun Syawal tapi pasal 'Ibu Mengandung'... sebab ramai kawan2 aku yg tgh hepi dapat anak baru....baru di sahkan mengandung... Alhamdullilah, aku pun turut hepi mendengarnya. Dalam masa yang sama, berdoa agar rezeki aku & suami pun menyusul nanti. Memandangkan, rezeki aku dan suami belum sampai lagi nak timbang cahaya mata.

Cuma apa yang aku nk sampaikan di sini, tahniah & bersyukurlah kepada anda semua yang dapat berita seperti ini. Dan yang penting sekali jangan sesekali sia-siakan anugerah Allah yang tidak terhingga ini. Anda selaku hamba-Nya yang telah dipilih memikul amanah ini. Jagalah anak-anak ini berlandaskan syariat-Nya. Amalkan amalan yang sepatutnya seperti membaca al-quran dan bermacam2 lagi. *boleh google OK! Mungkin perkara-perkara ini tidak menampakkan kesan terus, tapi anda mungkin akan tersenyum puas ketika usia kita sudah menjangkau usia emas atau tika roh sudah terpisah dari jasad kita.

Mempunyai  anak merupakan anugerah yang bernilai, tapi mempunyai anak yang soleh & solehah menjadi anugerah yang tidak ternilai dan saham kita di akhirat nanti. Ingatlah 3 perkara yang tidak akan putus setelah kita meninggal dunia :

1. ANAK YG SOLEH/SOLEHAH
2. Ilmu yg dimanfaatkan
3. Sedekah jariah